Ni indeks untuk semua artikel blog yang aku tulis. Aku takde jadual untuk buat post baru, jadi silakan subscribe RSS feed aku untuk tak terlepas artikel-artikel baru aku (kalau ada :P).
Semua artikel yang aku tulis ni pendapat peribadi aku, jadi mintak jangan percaya bulat-bulat. Kalau ada apa-apa yang aku silap dalam mana-mana artikel dan ada nak betulkan, sila reply dengan email (aku lagi suka kalau email tu siap encrypt dengan PGP).
RSS
-
2
📱 android
-
5
🗑️ crap
-
1
🎆 greetings
-
4
🖥️ tech
-
5
📰 updates
-
[2025-09-23] - SearXNG
Ingat tak apa yang aku kata pasal servis terbuka untuk awam dalam post lepas? Memperkenalkan servis yang pertama, SearXNG. Kalau tak perasan sebelum ni, aku ada SATU butang 88x31 kat muka depan:
Aku selalu teringin nak host satu instance SearX sendiri, sekarang, sinilah instance-nya! Atau sebenarnya, instance penggantinya, SearXNG, yang merupakan fork SearX yang seterusnya jadi projek yang dominan atas sebab SearX dah tak jalan. Takpelah, sekurang-kurangnya SearXNG tolong sambung legasi SearX.
-
[2025-09-12] - Berpindah dari Codeberg Pages
Setelah sekian lama aku host website ni kat Codeberg Pages, aku buat keputusan untuk pindah. Sekarang, tengoklah. Host atas VPS :D. Spec tinggi pulak tu. Terlebih tinggi sikit untuk website statik macam ni. Tapi, sebab dah murah, dan maksud aku sangat murah untuk spec macam ni, kenapa tak sewa satu? Kalau tertanya-tanya, ni pelan yang paling murah daripada OVHcloud (VPS-1), bayar $4.20 (lebih kurang RM18) sebulan. Macam-macam aku nak host atas VPS ni untuk guna kelebihan spec tinggi VPS ni. Dah ada dah pun sebenarnya benda lain yang aku host selain website ni. Cuma, aku tak bagitahu lah sebab untuk kegunaan peribadi je. Tapi, tunggulah nanti aku buka apa-apa yang untuk kegunaan awam.
-
[2025-08-31] - 31 Ogos
31/08/2025 Selamat Hari Kemerdekaan, rakyat Malaysia sekalian.
Sumber: https://tenor.com/view/malaysia-gif-flag-asia-gif-27417785
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Merdeka.. Merdeka.. Merdeka..
MERDEKA! -
[2025-07-26] - Shaumee
TLDR: JANGAN beli Xiaomi (model baru dengan HyperOS) kalau nak terus root atau install custom ROM, melainkan kalau memang kuat sabar.
OK, aku tarik balik apa yang aku kata pasal nak beli Xiaomi dalam post ni. Rasa menyesal sikit beli Xiaomi (Redmi Note 14 Pro), tapi sekurang-kurangnya takde la membazir sangat sebab dapat daripada Celcom Easy360, ansuran bulanan pun RM1 je untuk 24 bulan dengan plan yang aku guna. Jadi, dah beli dah, memang tersangkut dengan Xiaomi la setakat ni.
-
[2025-02-01] - Pengalaman dengan GSI
Akhirnya, ada jugok post hok betul-betul!
Sebagai orang yang jenis suka main-main dengan macam-macam benda, termasuk telefon, aku suka rooting dan custom ROM. Aku ingat lagi macam mana aku mula minat benda ni dengan “guane nok upgrade tepon ni jadi Android 7?”, yang merupakan sebuah Samsung Galaxy Note II (GT-N7100) dengan Android Kitkat. Oh, ni jugak la titik mula aku dengan Linux (secara tak langsung). Rasanya memang takde la artikel ni kalau aku takde soalan ni dalam kepala dulu XD.
-
[2025-01-06] - 2025!
Tengok la siapa yang macam takde post apa-apa pun tahun lepas! :D
Untuk permulaan 2025 ni, aku bagi satu lagi post “yang tak berapa macam post” ni untuk website ni dengan perubahan CSS sikit, kalau entah macam mana tak perasan lagi. Sebab aku ada SATU je post tahun lepas, aku harap aku dapat la publish dalam lima post untuk tahun ni dan implement sekali comment section dalam website ni.
Hok tu je la kot aku nok kabo. Selamat Tahun Baru.
-
[2024-04-19] - Kemas Kini Laman 24.04!
_|_| _| _| _| _| _| _| _| _| _| _| _| _| _| _| _|_|_|_| _| _| _|_|_|_| _| _| _| _| _| _|_|_|_| _| _| _| _| _| _| _| _| _| _| _|_|_| _|_|_| _|_|_| _|_|_|_| _|_| _| _| _| _| _| _| _| _| _| _|_|_|_| _| _| _| _| _| _| _| _| _| _| _|_| _|_|_| _|_|_| _|_|_| _|_| _|_|_| _| _|
Assalamualaikum dan hai sekali lagi!
-
[2023-09-01] - Hai Sekali Lagi, Dunia
Lepas sekian lama tangguh development untuk website ni, akhirnya pada tarikh ni (2023-09-01),
neo64.xyz
dah bangun. Jadi, website lama aku sebelum ni,neo64yt.github.io
secara rasminya dah tak boleh pakai. Aku sangat puas hati yang website baru aku ni, yang ambil masa lama nak buat (lagi-lagi dengan 2023 jadi tahun sibuk untuk aku) dah online.Tapi, buat website ni online baru saja langkah pertama. Banyak lagi dalam website ni yang aku kena siapkan (tagging untuk post pun aku tak set up lagi). Apa-apa pun, aku harap semua pelawat suka versi website ni yang lagi bersih dan banyak feature, kalau nak bandingkan dengan yang lama. :)