SearXNG
Diterbitkan pada 23-09-2025
Kali terakhir disunting pada 24-09-2025
Bilangan perkataan: 333
Tag:
updates, crap, tech
Ingat tak apa yang aku kata pasal servis terbuka untuk awam dalam post lepas? Memperkenalkan servis yang pertama, SearXNG. Kalau tak
perasan sebelum ni, aku ada SATU butang 88x31 kat muka depan:
Aku selalu teringin nak host satu instance SearX sendiri, sekarang, sinilah instance-nya! Atau sebenarnya, instance penggantinya, SearXNG, yang merupakan fork SearX yang seterusnya jadi projek yang dominan atas sebab SearX dah tak jalan. Takpelah, sekurang-kurangnya SearXNG tolong sambung legasi SearX.
SearX/SearXNG tu apa? Penerangan daripada repository GitHub SearXNG:
SearXNG is a free internet metasearch engine which aggregates results from various search services and databases. Users are neither tracked nor profiled.
Enjin carian meta, macam SearX/SearXNG, ialah sejenis enjin carian yang mendapatkan hasil cariannya dengan mengumpul hasil carian daripada macam-macam enjin carian lain. Enjin jenis ni tak guna indeks sendiri macam Google. Sebab enjin ni yang buat request ke enjin carian lain, bukan pengguna, enjin-enjin carian lain tak dapat kumpul data pengguna. Jadi, pengguna dapat tingkatkan privasi dengan enjin carian meta, tak macam guna enjin-enjin carian biasa secara terus.
Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Metasearch_engine.
Ilustrator: JakobVoss.
Lesen: CC BY-SA 3.0.
Sebab SearXNG ni enjin carian privasi yang boleh di-self-hosted, enjin ni boleh kira alternatif yang popular kepada enjin-enjin carian lainyang terkenal. Pilih sama ada nak guna instance awam (termasuk aku punya) selagi percaya provider, atau boleh jugak nak self-host instance untuk sendiri guna saja.
Cukup membebel pasal apa tu SearXNG.
Dengan ini, anda dijemput untuk menggunakan servis SearXNG yang disediakan di https://search.neo64.xyz/. Jaminan saya ialah saya tidak akan log sebarang pertanyaan carian anda, maklumat ejen pengguna, atau alamat IP anda yang terbuka apabila menggunakan servis ini. Walau bagaimanapun, saya menggunakan penghad kadar yang terdapat bersama SearXNG yang menyimpan cicangan SHA256 alamat IP anda yang telah digaramkan dalam tempoh masa tidak melebihi 10 minit untuk tujuan pengoperasian.
Apa-apa pun, silakan guna instance SearXNG aku :). Ambil maklum yang dalam masa aku tulis post ni, instance ni tak berapa siap lagi atas sebab aku tak siap lagi configure ikut suka. Buat masa ni, jangkakan banyak downtime nanti.
Ditulis oleh Neo64