Myth No. 0
Diterbitkan pada 26-06-2026
Kali terakhir disunting pada 10-10-2026
Bilangan perkataan: 223
Tag:
fiction
Helang Kebangkitan Semula Kita
Wahai anak-anak Ja-Iaa!
Berkumpullah di keliling helang kebangkitan semula kita
untuk mendengar hikayat ke sifar.
Inilah hikayat sebuah empayar, di mana tiada daratan, lautan, mahupun langit yang kelihatan.
Inilah hikayat sebuah empayar, yang suatu ketika dahulu memerintah segalanya.
Tiada yang menandinginya, tiada yang melawannya, tiada yang mengatasinya.
Malang, sungguh malang! Kalaulah engkau tahu betapa kejamnya bala tenteranya.
Setiap langkah mereka, mereka mara ke hadapan,
meninggalkan pohon-pohon merah gergasi.
Malang, sungguh malang! kalaulah engkau tahu betapa kejamnya raja-rajanya.
Dengan tiga matahari di tangan, raja terakhirnya memerintah.
Dengan tiga matahari di tangan, dia membawa empayarnya ke puncaknya.
Kami hidup dalam ketakutan ketika pemerintahan kuku besinya.
Tiada yang menandinginya, tiada yang melawannya, tiada yang mengatasinya
melainkan dirinya.
Pada satu hari, Ja-Iaa bebas daripada belenggunya.
Berkurun kekuatannya, berkurun kuasanya, semuanya hilang sekelip mata.
Rakyat jelatanya semuanya lenyap, semuanya sekelip mata.
Dan demikianlah hikayat sebuah empayar, di mana tiada daratan, lautan, mahupun langit yang kelihatan!
Demikianlah hikayat sebuah empayar, yang suatu ketika dahulu memerintah segalanya!
Semuanya berakhir sekelip mata!
Tetapi ini bukanlah kemenangan kita.
Kerana hanya Tuhan yang tahu bagaimana hakikat pengakhirannya,
yang bukan kerana perbuatan kami.
Maka berhati-hatilah dengan kembalinya empayar kosong,
di kala raja barunya menunggu masanya untuk bangkit.
Empayarnya mungkin sudah menjadi kosong, tetapi darah kosong tidak sama sekali.
Wahai anak-anak Ja-Iaa! Berwaspadalah!
Dan ingatlah sumpah kamu di hadapan helang ini.
Ditulis oleh Neo64