neo64

en ms

Penutupan Servis SearXNG

Selepas setahun berjalan, dukacita dimaklumkan servis SearXNG sudah ditutup.

Macam yang dinyatakan secara tak langsung dalam hantaran ni dan ni, SearXNG berjalan atas instance OVHcloud VPS-1. VPS-1 MASA TU lah time now sebab sekarang dah kira macam VPS-2. Bayaran bulanan pun mestilah naik, dah tak mampu nak tanggung. Sepatutnya aku terminate je VPS ni awal-awal sebab dah tak berapa nak guna sangat (VPS ni dah lari dari tujuan asal, maklumlah hidup makin sibuk :( ). Untuk website ni pulak, Pi Zero 2 yang lebih dari cukup untuk website kecik ni ada. Untuk bagi website ni boleh nampak, ada Netbird Reverse Proxy. Jadi, jangan risau, website ni takkan ke mana-mana.

Selain tu, aku pun dah makin lama makin tak guna SearXNG sebab jadi serabut sikit nak guna. Jadi, eloklah aku tutup terus.

Minta maaf atas segala kesulitan kalau bergantung dengan servis ni.

Ditulis oleh Neo64

<- Sebelumnya
[2026-06-26]

[EMAIL] Balas melalui email
<- Kembali ke indeks

[Neo64 On The Web] [CC BY-SA 4.0]