Homelab
Diterbitkan pada 25-03-2026
Kali terakhir disunting pada 25-03-2026
Bilangan perkataan: 179
Tag:
tech, homelab, linux
Lame doh aku dok nulis bende sini ork?
Apa-apapun, ada benda ke yang aku tengah buat senyap-senyap? Ya, aku baru je tengah nak berjinak-jinak dengan homelabbing. Spesifiknya, dengan Raspberry Pi Zero 2.

Apa yang Aku Dah Buat Setakat Ni
Atas sebab kekurangan Zero 2 (yelah, $15 kot, apalah yang nak diharapkan sangat kalau murah ni), aku host dua benda setakat ni:
- yang orang yang ada Zero akan kebiasaannya pasang, Pi-Hole untuk ad-blocking dan internal DNS
- Vaultwarden untuk urus password; berpindah daripada KeePassXC
Dengan resources yang dua benda kat atas tak guna, aku mungkin akan tambah lagi satu atau dua servis yang ringan untuk Zero tu.
Rancangan untuk Akan Datang
Aku tak ada apa sangat kecuali satu A22 5G yang duduk terbiar tak terguna. Aku mungkin akan cuba untuk host Immich dengan telefon tu walaupun dia ni ada kekurangannya.
Tu jelah kot yang aku nak kongsi. Asalnya, aku nak letak satu network diagram untuk setup ni dalam hantaran ni, tapi, tengok contoh-contoh yang ada yang nampak rumit buat aku pening kepala. Jadi, tunggulah hantaran-hantaran seterusnya kalau nak tengok yang tu.
Ditulis oleh Neo64