Berpindah dari Codeberg Pages
Diterbitkan pada 12-09-2025
Kali terakhir disunting pada 12-09-2025
Bilangan perkataan: 185
Tag:
updates, crap, tech
Setelah sekian lama aku host website ni kat Codeberg Pages, aku buat keputusan untuk pindah. Sekarang, tengoklah. Host atas VPS :D. Spec tinggi pulak tu. Terlebih tinggi sikit untuk website statik macam ni. Tapi, sebab dah murah, dan maksud aku sangat murah untuk spec macam ni, kenapa tak sewa satu? Kalau tertanya-tanya, ni pelan yang paling murah daripada OVHcloud (VPS-1), bayar $4.20 (lebih kurang RM18) sebulan. Macam-macam aku nak host atas VPS ni untuk guna kelebihan spec tinggi VPS ni. Dah ada dah pun sebenarnya benda lain yang aku host selain website ni. Cuma, aku tak bagitahu lah sebab untuk kegunaan peribadi je. Tapi, tunggulah nanti aku buka apa-apa yang untuk kegunaan awam.
Masuk bahagian nak set up website ni dengan SSL atas VPS ni, boleh kata senang la jugak dengan ada Caddy. Satu je yang susah sikit, cari jalan nak pastikan fail-fail website ni atas VPS ni updated setiap kali aku push update ke Codeberg (ya, fail-fail tu ada lagi kat Codeberg, cuma bukan dalam repository yang guna Codeberg Page), dan yang tu dah selesai.
Tu jelah, terima kasih kerana membaca post update/sampah ini.
Ditulis oleh Neo64