neo64

en my

Shaumee

TLDR: JANGAN beli Xiaomi (model baru dengan HyperOS) kalau nak terus root atau install custom ROM, melainkan kalau memang kuat sabar.

OK, aku tarik balik apa yang aku kata pasal nak beli Xiaomi dalam post ni. Rasa menyesal sikit beli Xiaomi (Redmi Note 14 Pro), tapi sekurang-kurangnya takde la membazir sangat sebab dapat daripada Celcom Easy360, ansuran bulanan pun RM1 je untuk 24 bulan dengan plan yang aku guna. Jadi, dah beli dah, memang tersangkut dengan Xiaomi la setakat ni.

Tapi apa masalah model-model Xiaomi baru? Yang aku nak tekankan sini:

  1. Bootloader susah nak unlock
  2. Custom ROM tak ada / susah nak cari (lagi-lagi Redmi model lower-mid range)

Bootloader susah nak unlock

Sejak keluarnya HyperOS, masa yang perlu untuk unlock bootloader berkurang daripada seminggu (168 jam) ke tiga hari (72 jam) saja. Tapi, Xiaomi tak bagi ni saja-saja dengan tak ada helah langsung. Sebelum HyperOS, setakat tekan ‘Add account and device’ saja. Sekarang, pengguna perlu apply untuk dapat permission untuk unlock daripada app Xiaomi Community dengan akaun Xiaomi yang berumur 30 hari ke atas. Untuk apply, ada had kuota untuk berapa banyak akaun yang boleh apply dalam sehari, bermula dengan pukul 0:00 masa Beijing (GMT+8), masa server Xiaomi untuk reset had. Tapi, kalau laju setara mana pun boleh tekan ‘Apply’ tepat-tepat pukul 0:00, boleh jadi dapat ‘App quota limit reached’. Lama jugak nak boleh dapat unlocking permission untuk telefon aku, siap dapat error yang aku tak boleh guna akaun aku untuk apply untuk sebulan lagi. Mujur ada skrip untuk senang dapat permission. Skrip ni awal-awal pening sikit nak setup dengan bahasa Sepanyolnya, tambah lagi instruction yang tak berapa jelas. Sekali boleh setup, terus dapat unlock bootloader lepas banyak kali tekan ‘Apply’, mengharap server terima. Jadi, kalau nak cuba unlock, boleh cuba skrip ni. Jangan lupa cek dulu reply baru dalam thread tu sebab skrip ni bukannya menjadi sampai bila-bila.

Custom ROM tak ada / susah nak cari

Bootloader susah nak unlock, tambah lagi dengan Mediatek, jadilah tak ada custom ROM. Walaupun bukannya tak boleh langsung untuk developer nak develop custom ROM untuk device dengan cip MTK, banyak kerja nak buat kalau nak dibandingkan dengan device dengan cip lain. Pakai device MTK, memang susahlah nak cari orang yang develop custom ROM untuk device tu. Satu-satunya pilihan lain yang ada, install GSI yang mungkin ada masalah macam yang aku dah cerita dalam post sebelum ni, atas sebab tu aku masih dengan HyperOS (dah root) but masa sekarang.

Kesimpulan

Nak custom ROM, jangan beli Xiaomi (kalau nak jugak, beli model lama atau or model flagship kalau nak baru). Nak root, jangan beli. Kalau nak jugak, cuba skrip tadi untuk unlock bootloader. Ingat yang skrip ni boleh jadi dah tak boleh pakai.

Ditulis oleh Neo64

[✉ Balas melalui email]
<- Kembali ke indeks

[Neo64 On The Web] [CC BY-SA 4.0]