Perisian
Perisian yang aku guna yang kebanyakannya FOSS.
-> Artix Linux
Distro Linux dengan faedah daripada dua-dua Arch dan ekosistem systemd-free. Kalau nak distro yang bebas drama, boleh kata yang ni sesuai sebab betul-betul fokus pasal Linux (macam yang sepatutnya semua distro buat). Ni lah yang aku tengah daily drive sekarang!
-> mpv
Pemain media ringkas untuk pengguna CLI yang kecil-kecil cili padi setaraf dengan VLC.
-> Floorp
Fork Firefox dengan lagi banyak customization dan fungsi macam sidebar, workspaces dan web apps.
-> Zen
UPDATE: Sekarang aku guna Floorp. Firefox-based web browser serupa Arc. Dalam beta lagi, tapi boleh kata OK la guna Zen setakat ni.
-> Firefox
UPDATE: Makin jatuh ke bawah. Sekarang aku guna Floorp. Bukan web browser yang terbaik, tapi semestinya alternatif Chrome terbaik yang bukan Blink-based. Harden dengan arkenfox user.js, cukup elok untuk privasi.
-> Hugo
Generator site statik yang buat semua kerja pasang semua bahagian website aku.
-> Neovim
Text editor bermod yang moden yang cukup baik. Sangat extensible, lagi-lagi dengan Lua.
-> Droid-ify
Client F-Droid minimalistik bertema Material You yang yang buat kerja dengan molek. Ada tersedia jugak third-party repo lepas mula-mula install.
-> Revanced
Dah tak boleh bayang tengok YouTube kat phone dengan takde Revanced.
<- Kembali ke indeks